Tahukah anda?


Hayatilah keindahan ciptaan-Nya…



Yang perlu kita tahu…
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
          Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
          Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

      ^^^^^^^^^#########^^^^^^^^^

  
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar :
       KESALAHAN…………PEMBETULAN
1)   *Kebanyakkan….              kebanyakan
2)   *berkerjasama….               bekerjasama
3)   *kadang-kala        ….        kadangkala
4)   *penyalah gunaan….          penyalahgunaan
5)   *disamping itu….               di samping itu
6)   *kerosakkan….                 kerosakan
7)   *anti-merokok….              antimerokok
8)   *serious….                        serius
9)   *terguris….                       tergores
10) *seringkali….                    sering kali
11) *biadap….                        biadab
12) *television….                     televisyen
13) *penguatkuasa….              penguat kuasa
14) *dairi….                            diari
15) *barang kali….                  barangkali
16) *mengulangkaji….             mengulang kaji
17) *menyosalsiasat….            menyoal siasat
18) *bersatu-padu….              bersatu padu
19) *ibu-bapa….                     ibu bapa
20) *pasca kemerdekaan….    pascakemerdekaan

Kesimpulannya, insaflah wahai pelajarku! Janganlah membuat kesalahan kecil sebegini yang akhirnya menyusahkan diri anda sendiri kerana setiap kesalahan ejaan dalam karangan akan ditolak markah.

      ^^^^^^^^^^^^^^^^###########^^^^^^^^^^^^^^


DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

PENGENALAN BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :
· Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
· Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
· Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
• Menyatukan rakyat
• Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
• Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
• Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
• Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.


DEFINISI BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU
· Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.
· Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
  Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan  Rasionalisme.
· Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan  Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya :
-Muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu  dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah  Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan  Nuruddin Al-Raniri.
• Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah :
  -Abdul Samad al-Falambani di Palembang.
  -Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
  -Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
  -Raja Ali Haji di Riau
• Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan.
• Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960
• Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU
•  Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu.
• Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
• Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
•  Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

DEFINISI BAHASA PENGANTAR
• Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
• Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR
• Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
• Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
• Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
• Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
• Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

DEFINISI BAHASA PERPADUAN
• Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
1. Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
3. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
4. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.