Latihan Tatabahasa


20 SoalanTatabahasa  KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang

16 Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,
Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China


----------------------------################-------------------------

20 Soalan Tatabahasa  PENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung
Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai


--------------------------#################--------------------------

Kata Seru

Kata Seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan 
ayat seruan dengan tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan. 
Kata Seru menyatakan pelbagai perasaan , marah, gembira, sakit dan terkejut. 

Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada
atau intonasi seruan dengan tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat.
 Contoh kata seru :

Kata Seru
Maksud
Wah
Perasaan hairan, terkejut, gembira
Oh
Terkejut, merayu
Amboi
Perasaan hairan, mengejek
Aduh
Perasaan sakit
Cis
Perasaan benci, marah, jijik
Nah
Perasaan memberi sesuatu dengan marah
Wahai
Perasaan sayu, sayang, merayu, menarik pehatian
Syabas
Perasaan puas, gembira, memuji, mengucapkan tahniah

--------------------------#######################--------------------------

Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. 

manusia /orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan 
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang 
benda
pasir, kayak, radio, rumah. kereta, pen, buku 
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri 

3.             Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas 
1.             Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang  bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.

2.             Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah  nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
             
3.            Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Upin, Mei Mei, Jagjit
binatang
Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),  
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah), Rentong (novel),               
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)


--------------------------------------#####################-----------------------------------

Mari Belajar Tatabahasa - Kata Tanya

1.   Kata tanya ialah perkataan yang digunakan menanyakan sesuatu.
2.   Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
3.   Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
4.   Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. 

Contoh
                a. Apakah benda itu ?
                b. Buku siapakah ini  ?

kenapa
Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila
Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa
Engkau ini siapa ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?


----------------------------#######################------------------------------

 Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan :
                ·     perkataan dengan perkataan
                ·     rangkai kata dengan rangkai kata
                ·     ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
                (i)       kata hubung gabungan,
                (ii)      kata hubung pancangan,
                (iii)     kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Tunggal
Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubunginya segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa apa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana    
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu         
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil    
Zalifah bernyanyi sambil menari.         
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguh‑sungguh supaya lekas pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja itu.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan
Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan, sama‑sama bergotong‑ royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik
Baik Daud baik adiknya sama‑sama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah       entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan - pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
 
                atau                     dan                       lalu                      
                             sambil                   tetapi



1.     Rashid   ________  Kok Leong gemar bermain badminton.

2.     Orang iru bernyanyi  _________  bermain gitar.

3.     Mereka hendak ke perpustakaan   _________  ke kedai buku ?

4.     Mei Mei gemar membaca buku cerita  __________  kakaknya gemar membaca majalah.

5.     Kakak pergi ke dapur  _________  membantu ibu memasak.