Sunday, 25 December 2011

Kuiz tatabahasa

Kuiz Tatabahasa

Sila pilih jawapan yang sesuai.
  1. Kaki Abu ________ pada akar kayu itu lalu tersungkur.
    1.   terbelit
    2.   terpijak
    3.   tersadung
    4.   terjerang
  2. Puan Hidayah sedang ____________ ubi keledek di dapur.
    1.   merebus
    2.   menyalai
    3.   menanak
    4.   menjerang
  3. "Jangan _________ di bilik bacaan ini," tegur ibu.
    1.   berbual
    2.   berbisik
    3.   berbahas
    4.   bertengkar
  4. Sepagian Pak Hamid menangkap ikan dengan menggunakan _________.
    1.   jala
    2.   jaring
    3.   pukat
    4.   perangkap
  5. Adik diam apabila __________oleh ibu.
    1.   dipangku
    2.   mengambil
    3.   mengaut
    4.   membungkus
  6. Emak ________ nasi di dalam periuk untuk diletak di dalam pinggan.
    1.   menyenduk
    2.   mengambil
    3.   mengaut
    4.   membungkus
  7. Murid-murid bergotong-royong __________ kawasan sekolah.
    1.   menyusunkan
    2.   menyelerekan
    3.   membuangkan
    4.   membersihkan
  8. Ibu sedang _________ ikan yang dibeli di pasar.
    1.   menghiris
    2.   mencuci
    3.   menyiang
    4.   memotong
  9. Pembantu kedai itu mengambil _________ daripada pelanggan.
    1.   arahan
    2.   harapan
    3.   pesanan
    4.   permintaan
  10. Taufik perlu _________ sekuat hati untuk memastikan mendapat tempat pertama.
    1.   berkorek
    2.   berenang
    3.   memecut
    4.   mendayung
  11. Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh untuk ____________ cita-cita kita.
    1.   mendapat
    2.   mencapai
    3.   mengangkat
    4.   menjadi
  12. Juruhebah ___________ rancangan untuk kanak-kanak.
    1.   mengadakan
    2.   menyiarkan
    3.   menjalankan
    4.   mengelolakan
  13. Guru ibarat lilin, membakar diri ________ orang lain.
    1.   mengajar
    2.   menerangi
    3.   menjaga
    4.   mendidik
  14. Kemajuan negara tercapai adalah kerana ___________ pemimpin dan kerjasama rakyat.
    1.   kebijaksanaan
    2.   kemalasan
    3.   kebangsaan
    4.   kegemaran
  15. Yi Ling telah bulat hati untuk ___________ arnab yang cedera itu.
    1.   membakar
    2.   menyelamatkan
    3.   mencari
    4.   mendongak
  16. Lauk pauk ________ di atas meja.
    1.   terhidang
    2.   kehidangan
    3.   menghidang
    4.   hidangan
  17. Kai Cheng rajin menyiapkan ________ yang disuruh oleh cikgu.
    1.   ditugas
    2.   tugaskan
    3.   tugasan
    4.   tugas
  18. Pakaian hasil __________ Mui Mui mendapat sambutan orang ramai.
    1.   mereka
    2.   rekaan
    3.   rekakan
    4.   reka
  19. Kim Seng _________ beberapa orang bermain di tepi jalan.
    1.   ternampak
    2.   terjumpa
    3.   terkejut
    4.   terpijak
  20. Salmah dilantik sebagai ___________ kelas.
    1.   tertua
    2.   ketua
    3.   menua
    4.   diketuai

Sunday, 11 December 2011

Selamat sejahtera,
Hari ini kita akan belajar tentang  Penjodoh Bilangan.

Apakah penjodoh bilangan?                                                                                                                              Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. 
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

Contoh Ayat;
1. Kakak menggunting kain dengan menggunakan sebilah gunting.


Sekarang, mari kita lihat contoh-contoh penjodoh bilangan berikut :

Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contoh
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur,
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
butir
untuk bendabenda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
ekor
untuk binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
gugus
untuk buah-buahan ataupun benda-benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bunga
ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
pasang
untuk bends dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak



Sekarang, cuba jawab soalan-soalan yang di bawah ini. Selamat menjawab.

1.       Puan Shiela membawa se______ payung.
          A.     buah
          B.      kaki
          C.      bilah
          D.      batang

2.       Kakak sedang menulis se______ surat.
          A.       helai
          B.       pucuk
          C.       keping
          D.       potong

3.       Kakak memakai se______ anting-anting emas.
          A.       pasang
          B.       bentuk
          C.       butir
          D.       biji

4.       Emak memotong daging dengan menggunakan se______ parang.
          A.       keping
          B.       pucuk
          C.       bidang
          D.       bilah

5.       Abu membela beberapa ______ kambing.
          A.       rawan
          B.       ekor
          C.       buah
          D.       naskah


Friday, 9 December 2011


Cintai Bahasa Kita
Bahasa Melayu? Apa kepentingannya? Tidak lulus pun tidak jadi masalah. Bukan seperti Bahasa Inggeris. Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering berligar-ligar di minda pelajar-pelajar kita. Kurangnya rasa cinta terhadap BM mungkin juga berpunca daripada penekanan yang diberikan oleh guru BM itu sendiri.
           Hakikatnya, ramai guru yang mengajar BM lebih berkiblatkan kepada peperiksaan. Sepatutnya sebagai mentor dan fasilitator, guru itu perlu menyemai rasa cinta terhadap BM di dalam naluri anak-anak didiknya melalui kaedah pembelajaran yang inovatif jangan hanya bergantung kepada bahan pengajaran yang sedia ada.
           Guru juga harus berjaya menyakinkan dirinya sendiri sebelum menyakinkan para pelajarnya tentang keindahan bahasa dan budaya melayu. Seandainya, guru berjaya menyemai rasa cinta terhadap BM di kalangan para pelajarnya, secara tidak langsung tugas guru untuk mengajar akan menjadi lebih mudah. Para pelajar yang berminat akan dengan rela hati mendalami tentang BM secara kendiri tanpa sebarang paksaan.
           Tanggungjawab untuk merealisasikan keindahan bahasa dan budaya melayu sememangnya dapat dilaksanakan terutama sekali melalui kaedah pembelajaran yang inovatif ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti bahasa dan budaya yang kreatif serta dapat memberikan nilai tambah dalam memperkasakan dan memartabatkan penggunaan BM.
          Ayuh, ambillah peluang dengan kerjaya kita ini. Berilah pendedahan yang lebih meluas lagi kepada anak didik kita dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Usaha yang berterusan pasti akan menghasilkan ganjaran yang lumayan.