Saturday, 29 October 2011

Pengajaran Tatabahasa

1.   Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang    iaitu morfologi dan sintaksis

2.       Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.

3.       Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

4.       Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.